Tuesday, January 4, 2011

DPIM Generasi ke-37

Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera. Siapa sangka seorang budak perempuan yang tidak ada latar belakang pendidikan yang tinggi dalam keluarga akhirnya dapat menjejakkan kaki ke universiti. Kemewahan seseorang bukanlah penentu kejayaan. Tetapi usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa dan semangat yang membara untuk membantu keluarga mampu membentuk jatidiri seseorang. Yang penting jangan sesekali menyusahkan  hidup orang lain pula.


"Setiap yang berlaku sama ade baik atau tidak pasti ada hikmahnya.."


Itulah kata-kata yang saya pegang selama ini untuk meneruskan kehidupan saya. Bukan mudah untuk berdepan dengan dugaan dan rintangan yang sering mendatang disaat kita tidak pernah menduga. Yakinlah pada diri serta qadak dan qadar Allah bahawa ianya pasti ada hikmah. Sama ada lambat atau cepat kita haruslah sentiasa bersabar. Kerana kesabaran itu penting untuk kita mendapatkan sesuatu. Tapi ingat!! Jangan pula hanya berserah tanpa berusaha..

No comments:

Post a Comment