Friday, January 21, 2011

HoW sWeET L0vEr...


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai,
akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya
bercinta dengan Allah,
Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu,
cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.





Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih
siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja,
asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai,
bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya,
sebagai ganjaran buat hambaNya itu.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya,
yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.


No comments:

Post a Comment